Seram!! Tidak sengaja terakam gambar hantu di wad kanak-kanak [ Video ]
SEORANG pekerja hospital terkejut apabila dia secara tidak sengaja telah merakam gambar ‘hantu’ dengan
menggunakan telefon pintarnya berhampiran wad kanak-kanak di Leeds
General Infirmary, England. Remaja lelaki itu mendakwa imej tersebut
ialah seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia di hospital
tersebut.
Kelihatan di dalam gambar itu, imej seorang kanak-kanak perempuan
yang memakai gaun memasuki sebuah bilik di koridor tersebut.Difahamkan,
Andrew Milburn pada ketika itu sedang menghantar mesej teks kepada teman
wanitanya di Leeds General Infirmary pada Jumaat sejurus sebelum
memulakan syif malamnya.
Untuk membuktikan kepada teman wanitanya bahawa dia memang berada di
tempat kerja, Andrew mengambil gambar koridor Clarendon Wing sambil
berjalan melepasi kawasan tersebut. Lelaki berusia 21 tahun itu berkata
dia tidak tahu bahawa gambar itu sebenarnya menunjukkan ‘sesuatu’ sehingga
dia menghantar gambar berkenaan kepada teman wanitanya. “Teman wanita
saya meminta saya untuk membuktikan kehadiran saya di hospital, jadi
saya menghantar sekeping gambar menerusi Snapchat dan pada ketika itu
saya sedang berjalan ke arah pejabat saya.
“Saya tidak percaya selepas melihat gambar tersebut kerana ketika itu
saya tidak merasai kewujudannya,” kata Andrew sepertimana dipetik
daripada laporan Metro.UK.Sejurus selepas gambar itu dimuat naik di
Facebook oleh Andrew, beribu-ribu pengamal media sosial meninggalkan
komen mereka. Beberapa komen mendakwa imej itu telah dimanipulasi, namun
Andrew menafikan tuduhan tersebut. Walau bagaimanapun, gambar itu turut
dikongsi kumpulan penyiasat paranormal
dan kebanyakan mereka percaya gambar itu adalah benar. Andrew berkata,
sebelum ini rakan-rakan setugas di hospital juga pernah mendengar bunyi
tapak kaki di tempat kejadian, walaupun tidak ada orang kelihatan berada
di situ. -AP
0 Response to "Seram!! Tidak sengaja terakam gambar hantu di wad kanak-kanak [ Video ]"
Post a Comment