Inilah Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Tidak Tahu Tapi Cukup Terkenal Di Malaysia | Jika dilihat di Malaysia, populariti adik-beradik kepada mereka yang bergelar selebriti, sangat berbeza jika dibandingkan dengan industri hiburan luar.
Lihat sahaja
adik-beradik Kardashian. Semuanya terkenal dan boleh dikatakan mereka
menumpang populariti antara satu sama lain walaupun masing-masing
mempunyai kerjaya sendiri.
Namun, berbeza dengan di sini dimana adik-beradik yang bergelar selebriti ini mampu berdiri dengan usaha mereka sendiri.
Memetik Tupai.com, berikut disenaraikan adik-beradik bergelar selebriti popular di Malaysia:
Pierre Andre & Mikail Andre
Adik-beradik ini
merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan
rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali
menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun
2005. Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar
seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre
yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah
seni.
Shamsul Yusof & Syafiq Yusof
Kedua-duanya memulakan
kerier sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia
perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini,
mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga
pengarah filem. Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah
pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah,
bapa borek anak rintik.
Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy
Adik-beradik Loy ini
memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam
bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar
seawal dari kecil. Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih
menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain.
Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi
rancangan “Oh! My English”.
Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong
Anak perempuan kepada
Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam
lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali,
namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga
mula mencipta nama. Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan
terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini
industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi
semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak
akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.
Eira Syazira & Syafnida
Nama pelakon Eira
Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerd
menerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira
diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama
di televisyen. Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah
kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta
Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang
iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni
hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik
kembar.
Farid Kamil & Fadzil Zahari
Siapa yang tidak
mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu
Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada
pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu,
Fadzil juga merupakan seorang pelakon. Pada awalnya, dia merupakan
pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak
sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem
“Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat
besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti
abangnya.
Aliff Aziz & Aishah Aziz
Alif Aziz bukanlah nama
yang asing dalam industri muzik Malaysia walaupun dia berasal dari
Singapura. Ketampanannya membuatkan namanya mudah mendapat tempat di
dalam industri hiburan tanah air. Adiknya, Aishah Aziz yang merupakan
bintang kelahiran dari program realiti Akademi Fantasia 2013, kini
semakin mendapat tempat di Malaysia. Tidak dinafikan kedua adik-beradik
ini mempunyai pakej lengkap sebagai penyanyi dan penghibur.
Sharifah shahira & Sharifah Sakinah
Pelakon, pengacara dan
penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam
industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik
Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika
zaman 90an. Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang
mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon dan
selebriti. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi
viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.
Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad
Mungkin ramai yang tidak
mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang
adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon
dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. Namun,
mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia
lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat
seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan
ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.
0 Response to "Inilah Adik-Beradik Selebriti Yang Anda Tidak Tahu Tapi Cukup Terkenal Di Malaysia "
Post a Comment