| Wajah
terkini adik Firdaus Oku di kurung sudah gemuk-Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu remaja orang kurang upaya
(OKU), adik Muhammad Firdaus Dullah, 15 bakal keluar dari hospital.
Menurut menterinya,
Datuk Seri Rohani Karim, keadaan Muhammad Firdaus semakin baik dengan
peningkatan berat badannya kepada 17.3 kilogram (kg) Dia akan diletak
dalam institusi kami. Dia akan beraya dengan kamilah," katanya pada
sidang media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau
juga turut mengalukan ibu dan waris-waris Firdaus yang lain untuk
datang menziarah, kami alu-alukan ibunya datang melawat dan juga
waris-waris lain. Supaya Firdaus merasa gembira melihat ramai keluarga
datang menziarah,katanya. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan
menempatkan Firdaus di institusi kanak-kanak JKM melalui perintah
sementara daripada mahkamah sebaik dia sihat dan pulih serta dibenarkan
keluar Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Muhammad Firdaus ditemui
dalam keadaan kurus kering dalam bilik yang kotor dan dipenuhi najis
oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu
6P di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, bulan lalu selepas melakukan
pemeriksaan di rumah berkenaan.
0 Response to "Masih Ingat Adik Firdaus Dullah Ini? Wajah Terbaru ..Ini Betul-Betul Memeranjatkan Kami "
Post a Comment