Masyarakat
Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu
menukar agama. Seorang daripada mereka ialah Happy Salmah. Happy
dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya,
Tjokorda Bagus yang berketurunan raja….
Model dan juga
pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani
upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di
Villa Ibah, Ubud, Indonesia…..
Sudhi Wadani
adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji
seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut
agama Hindu. Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat
yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat
Hindu….
Mereka
melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh,
Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di
Sukabumi. Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak
akan berbicara secara terbuka….
“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy….
Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin. ….
Selain itu ialah artis Pinkan Mambo….
Penyanyi lagu
popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah
menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.
Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata,
anaknya sudah mula belajar agama lain….
Menurutnya,
Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak
kebelakangan ini… Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak
menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak….
“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje…
Artis cantik
yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga
dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas…
Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.
Rianti yang
lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta,
dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang
dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan. Namun, ketika diminta
mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi, enggan berbuat demikian
sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya….
“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya….
Dia
mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja
yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya
Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan. Bagaimanapun, pihak gereja juga
enggan mengesahkannya….
Isu masyarakat
Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan
mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan
Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu
berkata ia dibolehkan….
Namun, apa yang
dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain
untuk mengikut agama suami masing-masing….
0 Response to "Gempar !!! 3 Model Dan Artis Popular Yang Cantik Ini Sudah Murtad ??"
Post a Comment